
TART TELUR (Resepi Kuih Muih Hari Raya)
Bahan kulit tart
*125 gm mentega
*60 gm gula ising
*1 buji telur ayam
*250 gm tepung gandum
*1/2 sudu teh esen vanila
Bahan A
*150 gm susu segar
*100gm air
*60 gm gula kastor
Bahan B
*3 biji telur ayam
*1 sudu teh esen vanila
Cara :
Kulit Tart
1. Pukul mentega bersama gula ising dan esen vanila.
2 .Setelah kembang,masukkan pula telur dan kacau hingga rata.
3. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan menggunakan tangan hingga menjadi doh.
4. Kemudian canai dan tekan kedalam acuan tart dan bakar lebih kurang 20 minit hingga kulitnya kekuningan.
Inti :
1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau di atas api yang perlahan.
2. Pastikan gulanya hancur dan kemudiannya sejukkan.
3. Selepas itu,masukkan telur bersama esen vanila dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan bahan berkenaan ke dalam acuan kulit tart yang telah pun disiapkan.
5. Bakar bahan tadi di dalam oven dengan kepanasan 160 darjah celsius selama lebih 25 minit.
No comments:
Post a Comment