Thursday, May 28, 2015

KEK MARMAR MENTEGA KEJU



KEK MARMAR MENTEGA KEJU


Bahan A:
150gm mentega
200gm krim keju
200gm gula kastor
Bahan B:
4 biji telur gread A
250gm tpg gandum
1 sk serbuk penaik
1/2 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla
100ml susu cair
2 sb serbuk koko
Cara2:
1) Panaskan ketuhar pd suhu 150'c. Didalam mangkuk masukkan gula kastor,mentega dan krim keju. Pukul hgga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lg.
2) Masukkan pula tpg gandum yg diayak bersama serbuk penaik berselang seli dgn susu cair. Putarlg sambil memasukkan esen vanilla.
3) Selepas siap,bahagikan kpd dua bahagian iaitu satu adunan asal dan satu lg dicampur dgn serbuk koko.
4) Sediakan loyang bersaiz 8'. Sapu keliling loyang dgn marjerin, taburkan tpg dan lapik dgn kertas minyak. Sendukkan adunan berselang seli hgga habis dan hentak sedikit loyang supaya adunan sekata. Lorek sedikit dgn lidi. Bakar pd suhu 150'c selama 45 minit atau sehgga masak.

Monday, May 25, 2015

KUIH LAPIS SERI WANGI






KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan-bahan (loyang 8 inci)
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat

Bahan B
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan

Cara
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.


CONGO BARS

CONGO BARS 
315gm tepung gandum
21/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
150gm mentega
300gm gula perang (kurangkn  jd 200gm)
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
300gm chocolate chip
100gm hirisan badam. (50gm sunflower seed dan 50gm kuaci putih. Badam hiris hanya tabur di atas shj)
Loyang 10" x 10" dialas dan digris



Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit.
note: kalau nak rasa lebih sedap...sila lah gunakan butter jenis pure butter seperti SCS butter, choc chips dan gula perang yang berkualiti.



Sunday, May 24, 2015

BISKUT ULAT BULU




BISKUT ULAT BULU
Bahan-bahan :
300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)
Cara-cara :
Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung.
Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan.
Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.
Masukkan kedalam loyang & bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..
klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

BISKUT RED PEARL




BISKUT RED PEARL 

150gm butter 
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang 


Cara-Cara:

1)-Mula-mula kita satukan butter dan gula.
2) -Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
3) -Masukkan tepung dan gaul rata
4) -Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
5) -Sudukan atas dulang pembakar
6) -Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
7) -Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi


Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

KEK MARBLE SUSU KUKUS




KEK MARBLE SUSU KUKUS 

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cwn gula
5 sb susu pekat
esen vanilla
[mix sampai kembang gebu]

Ayakkan :
2 cwn tepung gandum
1/2 sb baking powder
[kemudian masukkan dlm bahan mix selang dgn 1/4 susu segar/cair dan matikan mixer

Masukkan:
1/4 cwn minyak/5 sb
[kaup baik kemudian bahagikan 2]
1 letak 2sb serbuk koko dan 1 lagi 1 sb serbuk vanilla

Oleskan:
minyak pada loyang,masukkan adunan berselang-selang,kemudian

kukus :
40 minit siap!

Nota:resepi ini dari puan azlina,sy tukarkan kpd perisa strawberri dan coklat,bahagikan adunn jadi tga bhagian..tuang selang seli..last coklat tu dot kan besar2...keliling acuan..jadik la coklat tu kat tengah,



Thursday, May 21, 2015

BISKUT PELANGI




BISKUT PELANGI
Bahan :
250 gm butter  anchor/scs/bttercup
175 gula castor
200 gm tepung gandum
50 gm terpung jagung
1/4 tsp emplex
100 gm putih telur ( anggaran 4 biji )


Cara :
1.  Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex
2.  Putar butter dan gula hingga kembang gebu
3.  Masukkan putih telur ( guna mixer )
4.  Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) * guna spatula *
5.  Bahagikan kepada 6 bahagian ( letak 6 warna ~ merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu )
6.  Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.
7.  Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 160
* suhu oven bergantung pada kepanasan oven memasing laa ya.
* pewarna air ( yummie bakery) lebih kurang 1 sudu kecil setiap warna.



KUIH BAHULU



KUIH BAHULU  Sabrina Khan

Bahan:


10 biji telor

2 cwn gula atau ikut masing2 nk manis
1 sudu besar ovalet


Cara :

1.  Pukul bahan2 diatas hingga betul2 kembang dan gebu
2.  Tepung gandum perlu ikut citarasa masing2 nak guna banyak mana ye bila bancuh dgn bahan2 diatas
3.  Klau nk gebu...banyakkan sikit tepung dan klau nk keras dan ranggup..banyak kan gula ye...
4.  Perasa pandan paste dan coklat emulco dibancuh bersama tepung tadi ye
5.  Sapu acuan dgn minyak dan panaskan dulu dlm oven sekejap dan curah adunan paras acuan dan bakar selama 10 minit dan 5 minit api atas saja dgn suhu 170C.




KEK VIENNA BROWNIES BAKAR




KEK VIENNA BROWNIES BAKAR  Sabrina Khan

240gm dark coklat
220gm tpg gandum*

120gm butter
6 biji telor gred A
1 sudu mkn nescafe dilarutkan dgn 1 sudu mkn air panas
1 sudu teh esen vanila
60gm serbuk koko*
1 sudu teh baking powder*
80ml susu cair
Bahan utk Cream Cheese
250gm cream cheese tatura
60gm gula halus
60gm tpg gandum
2 biji telor
80ml air


Cara: 


1.  Coklat dicairkan cara double boiler dan masukkan butter + nescafe + susu cair dan kacau sebati dan ketepikan
2.  Telor + gula + esen vanila dipukul guna whisk saja utk sebati...jgn pukul sampai kembang ye
3.  Ayak bahan2 bertanda * dan masukkan kedalam.adunan telor dan kacau cara kaup balik hingga sebati
4.  Lps tu baru curahkan adunan coklat dan kacau cara kaup balik juga dan ketepikan
5.  Dlm mangkuk lain...putar cream cheese dan gula hingga berkrim
6.  Masukkan tpg gandum telor dan air dan pukul lagi hingga sebati
7.  Ambil separuh adunan coklat dan curahkan dlm loyang 10x10 yg telah dialas dgn butter paper dan lps tu curahkan adunan cream cheese dan akhir sekali separuh lagi adunan coklat
8.  Bakar pada suhu 170C selama 1 jam dgn api bawah saja atau ikut oven masing2...selamat mencuba




APAM MEKAR





APAM MEKAR   Laili Makhusin

Bahan
A 3 biji telur Gred A
1 cawan gula caster
B 1 cawan Air Cream Soda/sprite
1/2tbsp Ovalatte
11/2 vanilla
C 3 cawan Tepung Naik Sendiri
1tsp Baking powder
Perwarna hijau, merah guna sirap rose, kuning
Cara
1.  Pukul bahan A hingga kembang putih
2.  Masukkan bahan B pukul lagi.
3.  Masukkan bahan C sedikit demi sedikit hingga sebati.
4.  Masukkan adunan kedalam paper cup
5.  Panaskan kukusan
6.  Kukus mengunakan api kuat 15 minit je

  

PUTERI AYU




PUTERI AYU
Bahan
A 3 biji telur Gred B
220gm gula caster
B 100ml santan + air pandan + perwara hijau
C 120gm Tepung gandum
D 1 pakat ENO Biru (Paket kecil ) @ 1tsp
Kelapa parut (putih)300gm @ secukupnya ditabur dengan garam dan masukkan sedikit (taburan tepung ubi supaya melekat, tekan didalam acuan. Kukus sekejap lebih kurang 1 – 2minit barulah dituangkan adunan.
Cara

1.  Pukul bahan A hingga kembang
2.  Masukkan bahan B pukul lagi.
3.  Masukkan bahan C pukul lagi.
4.  Akhir sekali masukkan bahan D pukul sebati
5.  Panaskan kukusan
6.  Tuang dalam acuan dan kukus 10 minit.



AGAR-AGAR CENDOL




AGAR-AGAR CENDOL
Bahan-bahan A (layer bawah):
4 sudu teh Serbuk agar-agar
500ml Air
200ml Santan pekat
100ml Susu sejat
200g Cendol
10 sudu besar Gula

Bahan-bahan B (layer atas):
2 sudu teh Serbuk agar-agar
400ml Air
2 helai Daun pandan ( dipotong kecil )
1 ketul Gula Melaka
100ml Santan pekat
Cara Menyediakan:
(1) Untuk layer bawah: Satukan serbuk agar-agar dan air, reneh hingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan santan pekat dan susu sejat, biar mereneh. Angkat.
(2) Bubuh gula dan cendol. Tuangkan ke dalam loyang, biar menyejuk sebelum menambahkan campuran layer atas.
(3) Untuk layer atas: Campur-gaulkan serbuk agar-agar, air dan daun pandan, reneh hingga serbuk larut.
(4) Bubuh gula Melaka dan santan, terus mereneh hingga gula larut sepenuhnya. Tuangkan di atas layer cendol dan biar menjadi pejal. Hidang sejuk.



Thursday, May 14, 2015

PUDING SAGU



PUDING SAGU
bahan-bahan :
650ml air
1/2 cawan gula
1 paket serbuk agar-agar (10g / 11g)

250ml santan kotak
1/2 sudu kecil garam
2/3 cawan sago
3 pewarna pilihan
cara-cara :
1. Masak sago hingga jernih. Kemudian tuang kedalam tapis & cuci untuk buang kanji. Ketepikan.
2. Masak agar-agar, gula & air hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masuk kan santan & garam. Gaul rata hingga mendidih kecil. Matikan api.
4. Masuk kan sago & kacau rata & pastikan tidak bergumpal.
5. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna berasingan & gaul rata.
6. Tuang adunan ikut kreativiti anda. Setiap lapisan yg sudah dituang harus dimasuk kan kedalam freezer 1 - 3 minit bergantung pada berapa tebal lapisan nya.
7. Lapisan akhir tidak perlu dimasuk kan kedalam freezer. Diletak kan sahaja kedalam peti sejuk.



APAM SUSU KELAPA



APAM SUSU KELAPA
Bahan: 

2 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
4 biji telur saiz besar - suhu bilik
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 1/4 cawan susu segar penuh krim (jgn guna rendah lemak)
160g butter tulin (jgn guna marjerin atau buttercup)
1/2 cawan kelapa kering
2 pewarna pilihan

Cara:
1. Ayak tepung & baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang selama 5 minit (had kelajuan maksima)
3. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sambil pukul hingga kembang & berkilat.
4. Cairkan butter & susu (cukup sekadar butter cair & matikan api).
5. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul rata had kelajuan paling rendah.
6. Tuang butter & gaul rata. Jgn terlebih gaul.
7. Bahagikan kelapa kering kepada 2 bahagian. Campurkan adunan secukupnya kepada kelapa & bubuh pewarna. Gaul rata. Masuk kan adunan bewarna kedalam piping bag berasingan.
8. Pipe kan bahagian bewarna kedalam acuan ikut kreativiti anda. Isi 1/3 bahagian acuan sahaja.
9. Kukus didalam pengukus yg telah mendidih airnya selama 5 minit (api sederhana)
10. Kemudian tuang adunan plain kedalam acuan. Kukus lagi 10 - 12 minit.
** Apam yg dihasilkan lembut gebu.
** Acuan harus disapu dgn minyak sebelum digunakan.


TART TELUR



TART TELUR (Resepi Kuih Muih Hari Raya)

Bahan kulit tart
*125 gm mentega
*60 gm gula ising
*1 buji telur ayam
*250 gm tepung gandum
*1/2 sudu teh esen vanila

Bahan A
*150 gm susu segar
*100gm air
*60 gm gula kastor

Bahan B
*3 biji telur ayam
*1 sudu teh esen vanila

Cara :

Kulit Tart

1. Pukul mentega bersama gula ising dan esen vanila.
2 .Setelah kembang,masukkan pula telur dan kacau hingga rata.
3. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan menggunakan tangan hingga menjadi doh.
4. Kemudian canai dan tekan kedalam acuan tart dan bakar lebih kurang 20 minit hingga kulitnya kekuningan.

Inti :


1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau di atas api yang perlahan.
2. Pastikan gulanya hancur dan kemudiannya sejukkan.
3. Selepas itu,masukkan telur bersama esen vanila dan kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan bahan berkenaan ke dalam acuan kulit tart yang telah pun disiapkan.
5. Bakar bahan tadi di dalam oven dengan kepanasan 160 darjah celsius selama lebih 25 minit.



Wednesday, May 13, 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI (Rahsia Hawa)
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


AYAM MASAK HALIA





AYAM MASAK HALIA Resepi (Nasi Dan Lauk Pilihan)
Bahan :
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng
.


KUIH LAPIS



KUIH LAPIS (Jamayah Yahod)


Bahan :
2 cwn tpg beras
3/4 cwn tpg gandum
2 sd besar tpg ubi
4 1/2 cwn santan sederhana pekat
(Saya guna 2 1/2 cwn santan pekat + 2 cwn air daun pandan blend)
3/4 cwn gula (boleh juga guna 1 cwn)
Pewarna ikut suka

Cara  :
1.  Panaskan air kukusan hingga mendidih.
2.  Lapik plastik dlm loyang.
3.  Blender semua bhn2 kecuali pewarna or just whiskkan hingga sebati...bahagi kpd 3 bhg dan warnakan ikut suka.
4.  Tuang 2 senduk adunan ke dlm loyang.
5.  Kukus 5 minit.
6.  Tuang lagi warna lain dan kukus lagi 5 minit, buat sampai habis.
7.  Adunan terakhir dikukus 15 minit.
8.  Sejukkan.



Tuesday, May 12, 2015

SERUNDING KELAPA



SERUNDING KELAPA (Ton Leman)

1/2 biji klapa yg agak muda blen dgn skit air jgn smpai hlus
3 ekor ikn kembung drbus juga dblen isinya skjap
*10 biji cili kring ikut ctrasa mau pdas lbihkn

*1 labu bwg bsr , 3 ulas bwg kcil, 3 ulas bwg putih
*1 " hlia, 2@3 " lngkuas, 5 btg serai, kunyit hidup , smua drcik hlus
*1 st jintan mnis
1 kping asm glugur
Gula kbung, garam, gula putih
Tumis kulit kayu mnis dan daun pndan kmudian msukkn bhn² kisar tadi asam kping...msk hingga pcah mnyak msukkn klapa yg sdah dblen dkcau rarta agak dah nak kring msukkan isi ikn kcau hingga sbati msukkn semua gula² tadi garam hingga sckup rasa ...kacau hingga kring

APAM INDON



APAM INDON (Haslina Kek)


Bhn

5biji telur (saya Guna size A)
1sk ovaalette
1sk esen vanilla
300gm tpg gandum
300gmgula castor (saya guna 290gm jer)
250ml fresh milk/santan
1/2sk baking powder
Pewarna
Garam

Cara
Sapukan minyak sedikit ke dlm acuan mcm kat atas to
Ayak tpg n baking powder
Campur fresh milk dgn garam
Pukul telur dgn ovalette sampai putih
Masukkan gula sikit2 sambil putar
Masukkan esen vanilla putar lagi
Masukkan tpg n susu berselang seli part niii mixer kena slow klau x....brterbangan nnti
Putar sebati dah...pun siap
Bahagi adunan mngikut kreativiti anda..
Jika ade layer mcm saya buat kena kukus adunan prtama lbh kurang 10mnt
Adunan ke 2 pun sama
Adunan yg last kena kukus dlm 30-40 minit @ sampai msk

SAMBAL GESEK



SAMBAL GESEK
Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis 
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

Cara:
Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni... * Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis

SAMBAL IKAN BILIS KERING



SAMBAL IKAN BILIS KERING
(Resepi Sambal & Air Asam)

Bahan:
2 peket tempe - dipotong dadu dan digoreng garing
1 cawan ikan bilis - digoreng garing
1 cawan kacang tanah - digoreng garing
4 sudu makan cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam
Gula

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat. 4. Rasa masin dan manisnya.
5. Masukkan kacang goreng, ikan bilis dan tempe goreng. Gaul rata.
6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan


KEK LAPIS PRUNE



KEK LAPIS PRUNE (Fatimah Seruji/ Haya Habibah))


Bahan :

450 gm butter
1 cawan gula halus
10 biji telur
3 cawan tepung hongkong(saya guna tepung pau je)
1 cawan kaya
1 cawan horlick
1 cawan susu pekat
1 s/m ovalette
1 paket buah prune tanpa biji dan hiris nipis
Warna kuning dan pink


Cara  :
1.  Pukul butter dan gula hingga kembang/gebu.
2.  Masukkan telur satu persatu,pukul hingga kembang/gebu.
3.  Masukkan tepung,susu,kaya dan horlick,ovalette.
4.  Bahagi 2:-1 bhg warna kuning& 1 bhg warna pink.
5.  Bakar warna kuning 2 lapis dan bubuh buah prune.
6.  Bakar lagi warna pink 2 lapis dan bubuh buah prune.
7.  Buat begini hingga selesai.






ROTI LOYANG (Haya Habibah)

Bahan :

500g tepung high protin
100g gula
40g susu tepung
50g butter
1 peket yis instant
195g air sejuk
1 biji telur
10g K-Fine cream atau 2 sdu mkn waterroux
secubit garam


Cara  :
Uli semua bahan dlm BM, selama 30 min.

2.  Habis ulian perap sekejap dlm 15mins.
3.  Tumbuk doh utk buang udara.

4.  Bulat2kan dan bentuk sukahati kita.
5.  Bakar 170c, 20 min.




BISKUT CORNFLAKES RANGUP




BISKUT CORNFLAKES RANGUP (Haya Habibah)

Bahan :


227 gm butter tulin
227 gm tepung gandum
114 gm  gula halus
1 st teh vanilla.
1 kotak nestle cornflakes.


Cara  :
1.  Pukul gula dan butter hingga sebati.

2.  Masukkn tepung dan vanilla, uli lagi hingga sebati.
3.  Bentukkan dan golek atas cornflakes.

4.  Bakar ikut oven masing2 selama 20-15 min.

KEK KARAMEL






KEK KARAMEL (Ida Shahida)

Bahan :

Untuk Cake :


- 2 cawan dan 2 tablespoon tepung kek yang telah di-ayak

* (bukan tepung naik sendiri , ayak dulu sebelum sukat tepung tu)@tepung serbaguna)
- 1 st baking powder
- 3/4 st baking soda
- 1/2 st garam
- 110 gm unsalted butter, dalam suhu bilik
- 1 cawan gula
- 1 st vanilla
- 2 biji telur yang saiz besar , telur yg brada pada suhu bilik selama 30 minit

- 1 cawan yogurt biasa berperisa original (pastikan yogurt tu dikacau)

Penyediaan:

1.  Preheat oven kepada 180 celsius.

2.  Ayakkan tepung ,baking powder, baking soda, dan garam
3.  Pukulkan butter dengan gula dalam mangkuk yg besar dgn whisk atau elektrik mixer pada kelajuan yang sederhana smpai warna dianpucat dan jadi gebu.

4.  Campurkan vanilla dan tambahkan 1 biji telur , satu demi satu.
5.  Pada kelajuan yang perlahan campurkan yogurt smpai gaul sebati. 
6.  Kemudian campurkan tepung yang kita ayak tu. jangan campur skali gus campur 1 bahagian demi 1 bahagian demi 1 bahagian , maksudnya bahagi kepada 3 bahagian.pukul smpai adunan dah gaul sebati.
7.  Masukkan adunan kek dlm acuannya, san bakar cake sampai perang keemasan selama 35-40minit.
8.  Biarkan dia sejuk dlm acuan dia selama 10minit dan ambik pisau utk potong bahagian tepi kek supaya boleh keluarkan dgn mudah, dan jelurkan dan letakkan atas rak atau pinggan lain selama 1 jam dan smpai sejuk.


2) Utk karamel :

- 1 ketul Butter ( Philadelphia butter yg paling sedap)
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sb light corn syrup
- 1 st vanilla extract


1.  Campurkan cream,gula perang,corn syrup dan secubit garam smpai berbuih pada apinyg sederhana dan kacau smpai gula dia dah larut.dissolved.
2.  Masak smpai suhu gula dah smpai 100 c, lebih kurang dlm jangka masa 12 - 14 minutes, dan tambahkan vanilla.
3.  Letakkan kek dlm pinggan dan sapu glaze karamel tu atas kek, dan bagi glaze tu sejuk smpai dia keras( klu glaze karamel tu keras sebelum sempat disapu pada kek...cuma tambahkan susu atau whipping cream sikit. sebatikan semula.



Monday, May 11, 2015

PUDING LABU KUNING



PUDING LABU KUNING

Bahan ; 

250 gm labu kuning dikukus & dihaluskan
300 ml santan
6 sb gula pas
1 pkt agar putih

Cara :

1.  Kisar labu kuning dg santan.

2.  Masak agar2 dan gula hingga hancur.
3.  Masukkan labu kisar , kacau dan biar mndidih sekejap.
4.  Tuang dlm acuan, biarkan beku.