Thursday, May 28, 2015

KEK MARMAR MENTEGA KEJU



KEK MARMAR MENTEGA KEJU


Bahan A:
150gm mentega
200gm krim keju
200gm gula kastor
Bahan B:
4 biji telur gread A
250gm tpg gandum
1 sk serbuk penaik
1/2 st soda bikarbonat
1 st esen vanilla
100ml susu cair
2 sb serbuk koko
Cara2:
1) Panaskan ketuhar pd suhu 150'c. Didalam mangkuk masukkan gula kastor,mentega dan krim keju. Pukul hgga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lg.
2) Masukkan pula tpg gandum yg diayak bersama serbuk penaik berselang seli dgn susu cair. Putarlg sambil memasukkan esen vanilla.
3) Selepas siap,bahagikan kpd dua bahagian iaitu satu adunan asal dan satu lg dicampur dgn serbuk koko.
4) Sediakan loyang bersaiz 8'. Sapu keliling loyang dgn marjerin, taburkan tpg dan lapik dgn kertas minyak. Sendukkan adunan berselang seli hgga habis dan hentak sedikit loyang supaya adunan sekata. Lorek sedikit dgn lidi. Bakar pd suhu 150'c selama 45 minit atau sehgga masak.

Monday, May 25, 2015

KUIH LAPIS SERI WANGI






KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan-bahan (loyang 8 inci)
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat

Bahan B
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan

Cara
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.


CONGO BARS

CONGO BARS 
315gm tepung gandum
21/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
150gm mentega
300gm gula perang (kurangkn  jd 200gm)
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
300gm chocolate chip
100gm hirisan badam. (50gm sunflower seed dan 50gm kuaci putih. Badam hiris hanya tabur di atas shj)
Loyang 10" x 10" dialas dan digris



Cara:
1. Ayak tepung, baking dan garam. Gaulkan bersama chocolate chip dan hirisan badam. Ketepikan.
2. Satukan mentega dan gula perang, gaul guna spatula hingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.Gaul rata.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik hingga rata.
5. Tuang dan ratakan dalam loyang. Taburkan hirisan badam.
6. Bakar suhu 170C , masa 30 - 35 minit.
note: kalau nak rasa lebih sedap...sila lah gunakan butter jenis pure butter seperti SCS butter, choc chips dan gula perang yang berkualiti.



Sunday, May 24, 2015

BISKUT ULAT BULU




BISKUT ULAT BULU
Bahan-bahan :
300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)
Cara-cara :
Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung.
Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan.
Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.
Masukkan kedalam loyang & bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..
klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

BISKUT RED PEARL




BISKUT RED PEARL 

150gm butter 
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang 


Cara-Cara:

1)-Mula-mula kita satukan butter dan gula.
2) -Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
3) -Masukkan tepung dan gaul rata
4) -Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
5) -Sudukan atas dulang pembakar
6) -Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
7) -Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi


Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

KEK MARBLE SUSU KUKUS




KEK MARBLE SUSU KUKUS 

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cwn gula
5 sb susu pekat
esen vanilla
[mix sampai kembang gebu]

Ayakkan :
2 cwn tepung gandum
1/2 sb baking powder
[kemudian masukkan dlm bahan mix selang dgn 1/4 susu segar/cair dan matikan mixer

Masukkan:
1/4 cwn minyak/5 sb
[kaup baik kemudian bahagikan 2]
1 letak 2sb serbuk koko dan 1 lagi 1 sb serbuk vanilla

Oleskan:
minyak pada loyang,masukkan adunan berselang-selang,kemudian

kukus :
40 minit siap!

Nota:resepi ini dari puan azlina,sy tukarkan kpd perisa strawberri dan coklat,bahagikan adunn jadi tga bhagian..tuang selang seli..last coklat tu dot kan besar2...keliling acuan..jadik la coklat tu kat tengah,



Thursday, May 21, 2015

BISKUT PELANGI




BISKUT PELANGI
Bahan :
250 gm butter  anchor/scs/bttercup
175 gula castor
200 gm tepung gandum
50 gm terpung jagung
1/4 tsp emplex
100 gm putih telur ( anggaran 4 biji )


Cara :
1.  Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex
2.  Putar butter dan gula hingga kembang gebu
3.  Masukkan putih telur ( guna mixer )
4.  Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) * guna spatula *
5.  Bahagikan kepada 6 bahagian ( letak 6 warna ~ merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu )
6.  Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.
7.  Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 160
* suhu oven bergantung pada kepanasan oven memasing laa ya.
* pewarna air ( yummie bakery) lebih kurang 1 sudu kecil setiap warna.